Selasa, 30 Mei 2017

[VIDEO]Kecoh bila Pak Arab halang persembahan Zapin di Riyadh.. Ini cerita sebenar..

Kekecohan berlaku ketika para pelajar Sekolah Seni Malaysia Johor mempersembahkan tarian zapin di Riyadh International Book Fair (RIBF) 2017.
Seorang lelaki warga Arab Saudi bertindak merampas pembesar suara dan gambus yang dimainkan kumpulan pelajar tersebut. Difahamkan, lelaki Arab itu menganggap bahawa muzik itu adalah haram.
Menambah keruh keadaan, wujud segelintir pihak yang cuba mensensasikan keadaan dengan mengeluarkan pelbagai tuduhan tanpa asas di media sosial.
Kononnya pegawai yang bertugas dalam lawatan delegasi Malaysia ke Arab Saudi tidak sensitif terhadap budaya negara asing.
Untuk makluman pembaca, tarian zapin yang dipersembahkan itu merupakan permintaan daripada pihak penganjur RIBF iaitu Kementerian Kebudayaan & Penerangan Arab Saudi (MOCI).
Mereka hanya mensyaratkan bahawa penari yang terlibat hendaklah terdiri daripada kaum lelaki dan menutup aurat.
Dakwaan yang menuduh pihak Malaysia tidak sensitif dan bertindak semberono juga tidak tepat kerana pihak penganjur turut menerima contoh tarian sebelum hari persembahan.
Pihak Malaysia telah memberikan video kepada penganjur dan mereka (penganjur) bersetuju untuk mengadakan persembahan zapin tersebut.
Bahkan penganjur juga memberikan ruang khusus di majlis perasmian RIBF yang turut dihadiri tetamu kehormat.
Menurut sumber yang ketika ini berada di sana memberitahu bahawa ramai pengunjung teruja dengan persembahan zapin sebagai salah satu persembahan kebudayaan Malaysia.
Katanya, persembahan belum pun bermula, pengunjung sudah mengerumuni pentas persembahan.
Susulan kekecohan ini, Pengarah Urusan ITBM, En. Mohd Khair Ngadiron telah merujuk kepada pihak penganjur. Pihak penganjur tetap membenarkan persembahan berlangsung di Pavilion Malaysia sebanyak dua kali dalam masa sehari.
Malah penganjur akan memberikan kawalan keselamatan sepanjang berlangsungnya persembahan.
Oleh yang demikian, pengguna media sosial haruslah berhati-hati ketika menulis atau menerima mesej hebahan kerana dikhuatiri mengundang fitnah dan persepsi yang tidak benar.
Rasionalnya, kekecohan yang berlaku ini bukanlah melibatkan majoriti pengunjung tetapi hanya seorang sahaja./km

Isnin, 29 Mei 2017

Cinta baru Maya Karin hanya bertahan 6 bulan.Kenapa..???

Selepas berkenalan lebih enam bulan bersama seorang jejaka dari luar negara, pelakon Maya Karin mengakui hubungan mereka kini sudah berakhir.
Kata Maya, 37, punca perpisahan mereka kerana kurang keserasian antara mereka yang menyebabkan dia sendiri memutuskan untuk menamatkan hubungan tersebut.
“Dia hanya serasi untuk enam bulan, tidak cukup untuk seumur hidup saya. Memang benar tahun lalu saya ada berkenalan dengan seseorang namun apabila kembali ke Malaysia saya rasakan hubungan jarak jauh kami tidak akan berjaya.
“Jadi saya fikir langkah terbaik yang boleh saya lakukan adalah kembali fokus kepada kerjaya,” ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran filem Munafik 2 di Perbadanan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang, baru-baru ini.
Bagaimanapun, pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu tidak serik untuk menjalinkan hubungan cinta lagi selepas beberapa kali episod cintanya musnah.
“Saya tidak pernah serik. Jika ditanya tentang kriteria jejaka idaman saya mestilah tinggi lampai, kelakar, cerdik, adventurous, mengambil berat dan pandai menjaga hati. Kalau boleh bercakap bahasa Inggeris itu adalah bonus,” tambahnya.
Sebelum ini, pemenang trofi Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke-49 itu pernah mendidikan rumah tangga bersama Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali Abdullah pada tahun 2008 namun malangnya berakhir dua tahun kemudiannya.
Dalam perkembangan lain, Maya bakal muncul ke layar perak menerusi filem seram Islamik, Munafik 2 yang akan memulakan penggambaran pada 20 Mac depan. Menerusi filem arahan Syamsul Yusof itu, Maya diberikan tanggungjawab menggalas peranan utama di samping Syamsul, Mawi dan seorang pelakon dari Indonesia.

[VIDEO] Lelaki Dalam Koma, Bangun Laung Azan....


Lelaki di dalam video ini adalah seorang bilal yang berada di dalam keadaan koma. Namun, disebabkan satu insiden, dia kini berada dalam keadaan koma di sebuah hospital.
Difahamkan, lelaki ini akan ‘bangun’ setiap kali masuk waktu solat untuk melaungkan azan dan koma semula setelah selesai azan.
Ibnu Rajab Al Hambali pernah mengatakan, sesungguhnya seorang hamba hanyalah akan diberi balasan sesuai amalan yang dia lakukan.
“Barang siapa meninggalkan suatu amalan -bukan kerana uzur syarie seperti sakit, bersafar, atau dalam keadaan lemah di usia tua, maka akan terputus darinya pahala dan ganjaran jika dia meninggalkan amalan tersebut.” (Lihat Fathul Baari lii Ibni Rajab, 1/84)
Namun perlu diketahui bahawa apabila seseorang meninggalkan amalan soleh yang biasa dia rutinkan kerana alasan sakit, sudah tidak mampu lagi melakukannya, dalam keadaan bersafar atau uzur syarie lainnya, maka dia akan tetap memperoleh ganjarannya.
Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW,
إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا
“Jika seseorang sakit atau melakukan safar, maka dia akan dicatat melakukan amalan sebagaimana amalan rutin yang dia lakukan ketika mukim (tidak bemusafir) dan dalam keadaan sihat.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 2996)

VIDEO DISINI

Ahad, 28 Mei 2017

Tayangan Beauty & The Beast dibatalkan kerana hanya kenapa? Haih..Saya tak Sangka Iman Mereka Senipis Kulit Bawang - Nur Fazura

Kecoh apabila tayangan filem Beauty & The Beast ditangguhkan atas beberapa faktor antaranya menyentuh sensitiviti agama dan sebagainya.
Disebabkan itu, ramai peminat filem kecewa dengan keputusan ini dan meluahkannya di media sosial termasuklah selebriti tanah air, Fazura.
Dalam status yang dimuat naik di akaun Twitternya, pelakon dan penyanyi ini menulis,
“Tayangan Beauty & The Beast dibatalkan hanya kerana? Haih. Saya tak sangka Iman mereka senipis kulit bawang.”
Niat yang pada mulanya hanya untuk berkongsi kekecewaan terhadap filem tersebut, bertukar menjadi sebaliknya apabila dirinya pula diserang dan dikecam netizen.
Rata-ratanya mengatakan yang Fazura tidak layak berbicara tentang iman kerana dia sendiri tidak menutup aurat.
Fazura juga dikatakan mengeluarkan kenyataan tanpa berfikir panjang terlebih dahulu.
Namun, ada juga yang membela selebriti cantik itu dengan mengatakan perempuan bertudung labuh pun mencuri dan hati busuk./cr

(VIDEO) Lawak! Najib Salah Panggil Wak Doyok Dengan Nama….

Disebalik drama hangat yang berlaku semasa Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diadakan di kediaman Perdana Menteri di Putrajaya semalam, ada satu detik mencuit hati apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tersalah memanggil nama personaliti fesyen, Wak Doyok dengan panggilan Wak Dogol.
Cuba dengar dan saksikan…
 
“Wak Dogol mana…?” – Najib
Hahahaha….

Teruk GILA..!!! [video] 2 Wanita Bertudung "Tabur Sihir" Depan Kedai.

PERAI, PULAU PINANG – Kelibat dua orang wanita didakwa cuba menyihir sebuah kedai pesaingnya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) viral di media sosial.
Dalam kejadian jam 6.24 pagi, 3 Mac 2017 di Bandar Sunway Seberang Jaya, dua wanita dilihat berada di hadapan sebuah premis yang kelihatan sedang cuba melakukan perbuatan bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Kedua-dua mereka terdahulu dilihat berbahagikan sesuatu yang kelihatan seperti serbuk dan terkumat-kamit membaca sesuatu pada tangan sebelum menaburkan serbuk itu di depan pintu premis tersebut.
Selesai berbuat demikian, dua wanita terbabit beredar meninggalkan premis itu.
Pemilik kedai yang menyedari tindakan dua wanita itu kemudian memuat naik rakaman tersebut di media sosial. Pemiliknya mendakwa dua wanita itu cuba melakukan sabotaj terhadap kedai miliknya.
Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan dua suspek yang amat memalukan itu.
“Inilah salah satu masalah yang kita kena hadap bila berniaga. Benda-benda syirik dan khurafat. Dari elok kedai ramai pelanggan, tiba-tiba senyap sunyi.
“Saya sudah biasa terkena semasa berniaga dulu. Lauk pauk cepat basi, nasi masak dua tiga jam tak masak-masak. Roti canai baru tiga jam lepas uli, sekali tebar, basi.
“Yang buat sihir itu pun orang dekat-dekat kedai itu juga. Tak puas hati sebab harga makanan di kedai kami lebih murah. Mujur ada seorang ustaz yang kebetulan datang ke kedai itu adalah kawan kepada bapa saya.
“Katanya kedai kami telah disihir sampai orang tak nampak kedai kami. Kedai sentiasa kelihatan ditutup,” kata Alan Sand Taufers.

Rabu, 24 Mei 2017

5 Jenis Sihir Yang Popular Di Kalangan Orang Melayu

Menurut pusat rawatan perubatan Islam Darussyifa‘, sihir ni merupakan satu ilmu yang berkaitan dengan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bagi mencapai tujuan tertentu seperti menyakiti atau menjatuhkan kejayaan seseorang. Ia juga boleh memisahkan hubungan suami isteri.
Masyarakat Melayu memang cukup terkenal mengenai amalan ilmu sihir. Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung antara bahan yang popular. Ini antara sihir yang popular di kalangan orang melayu.
Pertama, patung. Memang biasa bomoh gunakan patung sebagai objek menyihir dengan menggunakan bahan-bahan dari tubuh mangsa yang nak di sihir seperti rambut dan kuku, kemudian di ikat pada patung. Lepas itu cucuk dengan jarum beserta mentera semerah dan menyebabkan mangsa sihir berasa sakit di tempat yang dicucuk.
Kedua, santau. Yang ini memang popular. Santau ni selalunya menggunakan benda-benda tajam macam kaca, jarum, pisau, kaca dan akan dimasukkan dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir.
Ketiga, telur layang. Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.
Keempat, tangkal dan Azimat. Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat, atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.
Kelima, sihir pembenci dan kasih sayang. Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.
Apapun, kita sebagai umat Islam dan berbangsa melayu janganlah menjadikan sihir ini sebagai daripada kehidupan kita kerana ia syirik lagi haram dan berdosa besar. Semoga kita semua terhindar dari perkara-perkara sebegini

Selasa, 23 Mei 2017

[VIDEO] Pemuzik Popular Mati Bakar Diri Secara Live Di Facebook

TERGEMPAR. Pemuzik Popular Maut Bakar Diri Secara Live Di Facebook !!! | Pemusik, produser, penyanyi, dan sound engineer Tennessee Jared McLemore melakukan bunuh diri dengan membakar diri di depan bar Murphy di Memphis, dan menayangkannya di Facebook Live.
Saksi mengatakan McLemore bertemu Murphy di Madison Avenue di Midtown sekitar pukul 12.30 Sabtu pagi kelmari beberapa detik setelah membakar dirinya di tempat letak kereta di seberang jalan.
“Aroma minyak tanah yang luar biasa ini memenuhi ruangan,” kata Jim Duckworth, yang baru saja selesai bermain satu set dengan bandnya, Billie Dove. ”
Rekod jenayah menunjukkan McLemore pernah ditangkap pada Agustus 2016 setelah mencekik bekas isteri dan mengancam akan membunuhnya dalam dua kesempatan berbeza satu hari.
Pada bulan April 2017 McLemore juga pernah menjalani evaluasi mental dan dijatuhi hukuman percubaan atas tuduhan penyerangan terhadap rumah tangga. – MK

Ibu Jurukamera dakwa rumah sentiasa berbau wangi selepas kematian anaknya.

“Rumah Bau Wangi, Sejuk Sahaja Sejak Arwah Pergi,” demikian ujar ibu kepada jurukamera Bernama TV yang terbunuh di Somalia, Noramfaizul Mohd Nor, enam tahun lalu.
Menurut Naemah Abdul Majid, 68, selepas pemergian anaknya itu, keluarganya sering terhidu bau wangi di dalam rumah.
“Rumah ini sentiasa bau wangi. Wangi yang macam mana, saya tak tahu nak jelaskan.. Sejak arwah pergi kira-kira enam tahun lepas, saya rasa tenang dan sejuk saja.
“Baju-baju arwah pun masih ada dan terjaga, baunya pun masih lagi wangi,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Noramfaizul Mohd Nor yang merupakan jurukamera Bernama TV, maut akibat terkena tembakan peluru sesat (tembakan curi) semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia pada 2 September 2011.
Beliau adalah jurukamera Malaysia pertama terbunuh ketika membuat liputan di luar negara.
Menurut Naemah lagi, dia masih menyimpan sampul duit belanja yang ditinggalkan oleh arwah kepadanya.
“Noramfaizul ada tinggalkan sampul surat berisi duit belanja kepada kami seluruh keluarga sebelum ke Somalia.

KEJAM..!!! Wanita baru kahwin dibunuh suami selepas tolak ajakan bersama....

Seorang wanita yang baru sahaja berkahwin sebulan lalu ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan tempurung kepala pecah dipercayai di bunuh oleh suaminya sendiri.
Dalam kejadian yang berlaku di Jawa Barat 10/17 dua hari yang lepas disyaki bermotifkan masalah rumah tangga.
Menurut sumber motif kejadian berlaku apabila mangsa enggan untuk berhubungan intim kerana suami dalam pengaruh dadah jenis syabu pada ketika itu.
Suami yang merasa marah dengan tindakannya itu terus mengamuk dan memukul kepala mangsa menggunakan tukul sehingga meninggal dunia.
Inspektur Makmur mengesahkan akan kejadian tersebut, katanya pihak mereka masih lagi menjalankan siasatan berhubung kes terbabit.
“Pihak kami dapat tahu bahawa pasangan berkenaan baru sahaja berkahwin pada bulan lalu atas pilihan orang tua, kakak mangsa juga mengatakan bahawa adiknya itu kerap mengadu mengenai perlakuan kasar suaminya”,katanya.
Manakala mengikut pengakuan suspek, suspek mengatakan bahawa pada mulanya dia meminta dengan cara baik namun isterinya itu tetap menolak kemahuannya ketika itu membuatkan dia naik angin serta hilang pertimbangan membuatkan dia memukul kepala mangsa menggunakan tukul beberapa kali sehingga maut.

‘Saya Buat Akaun Itu Untuk Farah, Tak Ada Tujuan Lain’

SUSULAN kisah pelajar pintar, Farah Marcella yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) biarpun pernah terpaksa hidup menumpang di pusat snuker tular di laman sosial, satu tabung untuk membantu membiayai pembelajaran Farah diwujudkan.
Tabung berkenaan adalah hasil inisiatif guru Farah, Puan Suraya Abdul Rahim, dan abangnya Encik Zaikhan, yang mahu melihat Farah mempunyai masa depan yang lebih terjamin.
Bagaimanapun, Zaikhan yang dihubungi Astro AWANI memberitahu, dia terkilan apabila ada pihak yang menuduhnya sengaja mengambil kesempatan.
Malah, lebih teruk, ada yang menuduh dia mengambil duit yang didermakan masyarakat untuk dirinya sendiri.
Kata Zaikhan, akaun itu diwujudkan khusus untuk mengumpulkan wang yang akan digunakan untuk membiayai kos pembelajaran Farah di universiti kelak.
“Saya buat akaun itu untuk Farah, tak ada tujuan lain. Satu sen duit saya pun tak ada dalam akaun tersebut,” ujar Zaikhan.
Tabung itu sehingga kini sudah mengumpul lebih RM8,000.
Bercerita lanjut, kata Zaikhan, Farah merupakan pelajar adiknya, Suraya.
Suraya yang merupakan guru disiplin di SMK Seri Kota Puteri Pasir Gudang, Johor, terpanggil untuk membantu Farah selepas menyedari masalah peribadi yang dilalui pelajar itu menjadi punca kegagalannya hadir ke sekolah.
Farah diambil tinggal bersamanya selepas tamat peperiksaan percubaan SPM.
Ibu Farah kini bekerja di sebuah pusat snuker, dan di situlah Farah dan adik beradiknya menumpang berteduh.
Cerita Zaikhan lagi, bapa Farah sudah lama menghilangkan diri dan sehingga kini tidak dapat dikesan.
Difahamkan, abang sulung Farah, juga merupakan pelajar cemerlang SPM, namun kedaifan keluarga membuatkan dia tidak dapat menyambung pelajaran dan terpaksa bekerja di pusat snuker itu. 

Isnin, 22 Mei 2017

Begini Caranya Saya Hilangkan 10kg Sebulan Tanpa Sebarang Produk

Tips diet ini dikongsikan oleh Cik Alia Amira Rohadi yang ingin memberi inspirasi kepada anda yang ingin kurus.
Macam tak percaya, gadis ini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kg dalam masa sebulan sahaja!
Tak percaya? Cuba tengok gambar di bawah. Terbukti kan?
Mari ikuti 10 tips diet daripadanya.
Foto Kredit: FB Alia Amira Rohadi

10 TIPS DIET HILANGKAN 10KG DALAM 1 BULAN. TANPA UBAT!

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim
(90kg-58kg) 32kg = Loss 10kg in 1 month
Haaa sebelum tu nak cakap dulu, tips diet ini BERGANTUNG kepada metabolisma, kerajinan serta disiplin yang kuat tau!

1. DETOX!

Mula-mula, kena detox dulu badan tu haaa. (Maksudnya pastikan banyak buang air besar)
Tahu ke idok brape tan matrix lemak2 serta 💩 yang menapak & beranak-pinak dekat usus tu? So! Korang boleh google tau.
Jus lemon adalah antara air detox yang boleh diamalkan. / Foto Kredit: trueserenity.ca

2. KURANGKAN KUANTITI DALAM HIDANGAN

Pengambilan diet seharian yang saya amalkan ni kalau korang nak tukar or untuk breastfeding mom boleh lebihkan portion protein (better refer pakar / dietition dulu)
Pagi:
  • Roti 3 keping+ Green Ttea
  • Air suam (wajib ambil mcm2 mana pon)
Sebelum pukul 9 pagi (kalau utk pesakit kencing manis whole grain bread tau😁.. Kalau yg memang manis muka dia tu.. Roti gardenia kosong tu jee haa😉)
Lunch:
  • Nasi 2 senduk (sebab orang melayu tulen. Kalau tak makan nasi tak boleh hdup rasa).
  • Ayam atau ikan
  • Sayur hijau rebus/ kukus ( Saya tak suka lauk kari so memang tak ambil. Kadang2 kuah kicap je. Student kan, pepaham lah ekonomi macam mana. Kalau duduk rumah request dengan umi nak makan “ikan singgang”
Nii kalau hari2 makn telor goreng nanti jadi sadoo jangan salahkan sis yee😆😆😆
Dinner:
  • Buah epal hijau (ini pun pilihan, kalau lunch tak ambil lagi nasi, saya ambil time dinner, tak lebih pukul 8 malam.
(Ehh plisss,, jangan gtal2 nak makan pizza kaa nugget ka malam2 ni acah-acah mat salleh tau)
Jaga pemakanan dan diet untuk cepat hamil
Jaga pemakanan dan diet untuk cepat hamil

3. MESTI MINUM AIR SUAM 2-3 LITER SEHARI

Dalam sehari kena ambil 2-3 liter air suam / day ni wajibalghunoh utk yg nak loss weight 10kg/month.
Korang boleh google jgk macam mana nak kira berapa liter air utk dperlukan oleh badan dan cara nak divide. (Tak adalah nanti ulang alik tandas je…)

4. MINUM TEH HIJAU

Saya memang tekankan pengambilan Green Tea.
Bukan kata mnum Green Tea tak jaga makan, tak senam tuptup turun 20kg. Ehh memang idokkk ler..
Ia MEMBANTU meningkatkan metabolisma selain itu dia jgk bantu dalam weightloss.
Saya peminat Green Tea Ahmad 😅blh dptkan di Tesco atau Aeon atau boleh beli dengan Muhammad Harith Syazwan.

Green Tea.

5. SENAMAN 30 MINIT

Setiap hari korang WAJIB workout 30min/day.
Untuk perempuan boleh lah nak zumba.
Haaa ni kalau yang keje ofis tu mohon buat lebih, sebab korang kurang bergerak berbnding cikgu atau nurse yang selalu ke hulu hilir ni..
Senaman Muslimah oleh Kevin Zahri. / Foto Kredit: puterilelabayu.blogspot.my
Contoh senaman Muslimah oleh Kevin Zahri. / Foto Kredit: puterilelabayu.blogspot.my

6. TAK PERLU ELAK NASI

Jangan nak acah2 makan oat, makan biskut, roti, dan sebagainya.
Tahu tak, sebenarnya semua ni lagi banyaak bebanan untuk diproses berbanding makan nasi. So, please refer dietition sebelum buat keputusan tau!
petua nasi mentah
Foto Kredit: cookingupgrade.com

7. PANTANG AIS & AIR MANIS

KENA pantang ais, air yang disejukkan, abc, cendol, cool blog, segala mak nenek yang sejuk.
Just minum air suam mengikut liter yang badan korang perlukan (whole day).

8. JANGAN MAKAN ‘FAST FOOD’

Pantang lah segala ‘fast food’ macam KFC, McD, Pizza, Subway semua tu untuk 3 minggu pertama tanpa ada ‘treat day’.

9. SELALU TIMBANG, JAGA EMOSI

Timbang dulu sebelum mulakan misi.
Setiap minggu make sure timbang!
Jaga juga emosi tu biar stabil, sometimes dia akan memberi kesan juga.
Kalau genetik jenis obesiti, korang kenelah lipat gandakan usaha. Sebab potensi utk loss weight 10kg/week tu lebih rendah.
Foto Kredit: prevention.com http://www.prevention.com/weight-loss/flat-belly-diet/beat-bloat-these-9-smart-food-swaps
Foto Kredit: prevention.com

10. AMAL 2-3 GELAS AIR SUAM SELEPAS BANGUN TIDUR

Bangunn je dari tidur sebelum korang pergi toilet, sebelum gosok gigi, terus minum air kosong agak2 dalam 2-3 gelas ( kalau air suam, amaaaat dan sangat digalakkan)
Korang boleh search kebaikan minum air selepas bngun tidur. Banyak manfaatnya.
Kalau seminggu korang blh loss cuma 3kg, Janganlah sedih dulu! Kalau 4 minggu dah dapat berapa? Haaa gitu.
tips diet
Gambar Cik Alia Amira sebelum diet dan paling terkini. / Foto Kredit: FB Alia Amira Rohadi

JANGAN CEPAT MENGALAH!

Satu lagi nak pesan ni, jenis yang tak kuat semangat atau cepat down.. Please, sayang cari kekuatan kamu.
Kalau ada awak tu suami yg ade isteri gemuk, jangan dihina badannya. Tapi temanlah dia buat zumba atau jagakan anak masa dia tengah workout tu! (Kan nampak sawit disitu.. Hahahaha)
rahsia kecilkan perut
Foto Kredit: picmia.com

SEMOGA MENJADI INSPIRASI

Diharap tips diet ini dapat memberi semangat kepada ramai lagi wanita dan lelaki yang dalam misi untuk menurunkan berat badan.
Jangan anggap ianya sesuatu yang tak mustahil. Buktinya ada di depan mata!!!
Dresslily.com INT