Tidak menjadi satu kesalahan sebagai seorang suami untuk memberi keizinan kepada isteri untuk berkawan rapat dengan rakan-rakan perempuan yang lain walaupun telah berkahwin.
Wanita walaupun telah berkahwin tidak bermakna akan terus terputus segala hubungan dengan rakannya. Seorang lelaki telah berkongsi pengalaman kerana membenarkan isterinya hidup bebas bersama rakan-rakan. Isterinya telah menjadi liar kerana pengaruh rakan-rakan.
Disebabkan sikap isteri yang sudah semakin liar kerana pengaruh rakan itu, lelaki ini telah pun menceraikan isterinya. Alasan lelaki ini menceraikan isteri juga tidak dapat dipastikan tetapi isterinya sudah dua bulan keluar dari rumah.
“Dia beritahu mahu duduk dengan kawan. Alasannya sebab saya tidak mampu mahu pergi ambil dia balik kerja jauh. Saya bagi saja lah, sebab dia memang jenis degil, kalau tidak bagi pun, dia tetap akan keluar. Disebabkan dia sudah beritahu, saya bagi duit belanja setiap minggu.
“Kami berhubung di Facebook, kadang-kadang saya Whatsapp, ataupun PM, dia tidak mahu balas. Tetapi bila duit habis, cepat sangat dia akan mesej saya. Telefon mesti dia akan letak. Kami tiada anak, Jadi saya tidak fikir bukan-bukan. Saya kerja dan isteri pun kerja. Belanja setiap minggu saya bagi seratus. Tah cukup tah tidak. Kadang-kadang dia minta RM200. Saya usahakan juga sampai dapat, sampai terpinjam duit kawan-kawan.
“Saya tengok di Facebook, keluar dengan kawan-kawan. Ada lelaki yang bawa tetapi dia beritahu itu pakwe kawan dia. Saya percaya buta-buta. Kemudian, dia update dia pergi ke KL. Saya tanya buat apa, dia cakap dia teman kawan balik rumah mak dia. Sebab kawan tiada teman mahu memandu. Bukan sehari dua, tetapi seminggu. Masa minta duit belanja, dia beriya suruh cepat bank-in. Nak pakai cepat. Saya bank-in RM50 saja sebab saya ada baki itu saja sebelum gaji.
“Ko ni apa masalah hah, aku minta duit nak pakai ni kat KL ko bagi aku RM50 saja. Ko igat cukup ke barang mekap aku, kasut aku je dah cecah ratus ringgit. Aku pergi KL bukan selalu, itu pon ko susah nak bagi. Sial la. Baik aku cari lelaki lain lebih senang, boleh bagi aku semuanya. Ko ni seminggu sekali je bagi aku seratus ingat cukup sangat ke” mesej dari isteri.
Isteri lelaki tersebut telah meminta cerai kerana merasakan tidak ada lagi perasaan sayang pada lelaki itu. Dia mengambil keputusan untuk keluar dari rumah pun kerana tidak mahu duduk sekali. Bukan itu sahaja, isterinya telah memburukkan lelaki itu pada keluarganya.
Isterinya telah menceritakan pada keluarganya bahawa lelaki ini mahu menceraikan dan telah menghalaunya keluar dari rumah. Walaupun cuba untuk menjelaskan perkara sebenarnya pada keluarga mertua, mereka tidak percaya kerana lebih percayakan anak sendiri.
Lelaki ini berbincang dengan adik-beradiknya. Kali ini, suami kakaknya bersuara dan memberitahu daripada menanggung dosa-dosa isteri nusyuz lebih baik fikir masak-masak. Walaupun enam tahun berkahwin, lelaki ini tidak menyangka isterinya akan menjadi seperti ini.
“Silap saya bagi dia bebas, kawan-kawan dia ramai yang terlalu sosial. Saya faham akhirnya. Saya lepaskan cerai talak satu padanya. Atas sebab tidak sefahaman. Bukan atas sebab nusyuz, saya redha kalau ini takdir saya. Saya doakan dia cepat berubah.
“Bila mana dalam tempoh iddah dia tidak seperti dalam iddah malah masih berhias, berjalan-jalan seronok sakan bersama kawan-kawan. Doakan saya dapat cari kebahagiaan saya sendiri semua. Saya pasti satu hari nanti akan ada wanita yang mahu hidup semati bersama saya,” tulisnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan