Kecoh apabila tayangan filem Beauty & The Beast ditangguhkan atas beberapa faktor antaranya menyentuh sensitiviti agama dan sebagainya.
Disebabkan itu, ramai peminat filem kecewa dengan keputusan ini dan meluahkannya di media sosial termasuklah selebriti tanah air, Fazura.
Dalam status yang dimuat naik di akaun Twitternya, pelakon dan penyanyi ini menulis,
“Tayangan Beauty & The Beast dibatalkan hanya kerana? Haih. Saya tak sangka Iman mereka senipis kulit bawang.”
Niat yang pada mulanya hanya untuk berkongsi kekecewaan terhadap filem tersebut, bertukar menjadi sebaliknya apabila dirinya pula diserang dan dikecam netizen.
Rata-ratanya mengatakan yang Fazura tidak layak berbicara tentang iman kerana dia sendiri tidak menutup aurat.
Fazura juga dikatakan mengeluarkan kenyataan tanpa berfikir panjang terlebih dahulu.
Namun, ada juga yang membela selebriti cantik itu dengan mengatakan perempuan bertudung labuh pun mencuri dan hati busuk./cr
Tiada ulasan:
Catat Ulasan