Rabu, 17 Mei 2017

Lihat Dan Saksikan Clip Bertapa Comelnya Gadis Muslimah Korea ini menjadi duta fesyen di Malaysia


Seorang gadis Korea Selatan yang menjadi terkenal setelah mendedahkan kisah uniknya memeluk Islam, kini dipilih sebagai duta produk sebuah butik fesyen Muslimah di Malaysia.
Pemilik butik Leeyana Rahman berkata beliau memilih Ayana Moon, 22 tahun bagi mencipta kelainan berbanding duta-duta produk Muslimah lain yang merupakan selebriti atau model.
Selain itu, usahawan Nur Leeyana Abdul Rahman memberitahu ProjekMMO, beliau juga ingin menolong saudara baru Islamnya, kerana mendapat tahu penduduk beragama Islam di Korea Selatan sukar mencari kerja.
“Jadi kami putuskan untuk bawa dia ke Malaysia, sambil kita berniaga, sambil menolong saudara baru Islam kita,” kata Cik Nur Leeyana kepada laman versi Bahasa Melayu akhbar Malay Mail itu.
Beliau juga berharap dapat “mendekatkan Ayana dengan ilmu kehidupan Islam di Malaysia sejak kita tahu dia memeluk Islam tanpa panduan di Korea.”
Menurut ProjekMMO, Cik Ayana baru-baru ini mendedahkan beliau mula ingin tahu tentang Islam setelah tercetusnya perang Iraq pada 2003, ketika usianya baru lapan atau sembilan tahun.
“Ketika saya berumur lapan hingga sembilan tahun, perang meletus di Iraq dan pada waktu itu saya yang mula menggunakan Internet mencari Iraq di Internet.
“Pada waktu itu, saya mendapat tahu Islam agama penduduk (Iraq). Saat itu pertama kali saya mendengar Islam dan saya fikir sebutan perkataan ‘Islam’ sangat comel.
“Jadi, saya mula buat kajian mengenai Islam dari Internet dan saya melihat mereka mengenakan pakaian longgar, mereka tutup muka dan mereka memakai hijab macam saya pakai sekarang,” kata Cik Ayana dalam sebuah video bertajuk ‘My Journey to Islam’ di YouTube.
Cik Ayana menceritakan, beliau kemudian menyertai kem Kesatuan Belia Islam Dunia (Wamy), di Korea Selatan selama tiga hari dua malam, dan menyertai program agama di masjid hingga memeluk agama Islam.
Namun beliau akur ia keputusan yang sukar untuk mengongsi pengalamannya di media sosial, dan bimbang keluarganya yang bukan Islam di Korea akan diapa-apakan, menurut ProjekMMO.
Cik Ayana, yang mempunyai lebih 221,000 pengikut di Instagram, juga memuat naik gambar-gambarnya mengunjungi Malaysia dan berkata beliau sedang mempelajari Bahasa Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dresslily.com INT