Khabar mengenai keruntuhan rumah tangga jutawan kosmetik, Dato' Seri Dr
Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato' Seri Vida, 46, dengan
Fairuz Ahmad Zainuddin, mula bertebaran sejak dua minggu lalu.
Ketika ditanya berhubung perkara ini, Dato' Seri Vida memilih untuk
tidak mengulas lanjut serta membuat sebarang komen buat waktu ini
mengenai berita dirinya dan suami sudah berpisah. Kata Dato' Seri Vida,
ia atas beberapa alasan peribadi.
"Saya belum mahu membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu. Sampai masa nanti, saya akan maklumkan kepada semua.
"Syukur kerana saya bahagia bersama anak-anak dan sayang-sayang
(peminat) saya yang sentiasa berada di sisi," katanya ketika ditemui
media pada festival jualan Mood Republik.
Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman, 46, turut hadir pada acara
berkenaan bersama anak-anaknya, tanpa kehadiran suami yang sebelum ini
sentiasa di sisi.
Jelas Dato' Seri Vida lagi, beliau enggan terlalu memikir perkara itu
dan kini sibuk memberikan tumpuan kepada perniagaan, termasuk
perancangan memiliki saluran televisyen sendiri tidak lama lagi.
"Saya juga mahu menghasilkan lagu nyanyian saya untuk peminat tersayang.
Selain itu, saya akan membuka sebuah kedai aksesori berlian di sebuah
pusat beli-belah terkemuka di ibu kota, bersebelahan butik jenama
mewah," ujarnya yang bernikah kali ketiga dengan Fairuz pada Januari
2014.
Terdahulu sekitar bulan ogos 2016, Dato' Seri Vida pernah menafikan
gosip pergolakan rumah tangganya dengan berkata yang mereka masih lagi
suami isteri dan bahagia seperti dulu.
Jika benar sudah berpisah... kita doakan semoga Dato Seri Vida tabah dalam menghadapi semua ini.
Sumber: Berita Harian
Foto: Dato Seri Vida IG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan