Seniman Tolak Permohonan Maaf Yang Dibuat Najip Ali Dan Mediacorp
Seniman Tolak Permohonan Maaf Yang Dibuat Najip Ali Dan Mediacorp
Persatuan
Seniman Malaysia (Seniman) hari ini menegaskan mereka tidak menerima
permohonan maaf yang dibuat oleh stesen televisyen Singapura, Mediacorp
Channel 5 dan Najip Ali berhubung kenyataan mempersendakan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi rancangan hiburan OK Chope!
di negara itu, lapor Sinar Harian. Menurut
presidennya, Zed Zaidi berkata, keputusan berkenaan telah diambil
kerana masih terdapat beberapa ahli panel lain yang masih belum meminta
maaf sehingga tempoh yang diberi tamat.“Kita tahu memang stesen TV itu dan Najip dah memohon maaf. Tapi ada ahli panel lain yang masih belum berbuat demikian lagi.
“Kita mahu semua ahli panel meminta maaf,” katanya.Rancangan
OK Chope! itu telah menampilkan Vernetta Lopez sebagai hos rancangan
dan ahli panel lain ialah Mike Kasem, Rishi Budhrani, Sam See dan Najip
sendiri. Zed
tampil mempersoalkan kenapa ahli panel lain dalam rancangan tersebut
masih berdiam diri seterusnya beranggapan isu tersebut tidak pernah
selesai.
“Semua
sedia maklum, kita bagi tempoh sehingga Jumaat (semalam), namun tiada
tuntutan maaf daripada ahli panel yang lain. Mereka boleh berhubung
dengan saya secara terus melalui telefon atau emel.
“Kalau tiada inisiatif, kita anggap perkara ini tak selesai,” katanya.
Berikutan
itu, Seniman telah membuat satu laporan polis terhadap semua selebriti
yang terbabit dalam program itu di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur,
semalam selain akan menghantar satu memorandum kepada Kerajaan
Malaysia.
“Kita sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan dalam membantu kerajaan dari sudut industri seni negara.
“Kita juga mahu beri pengajaran buat artis luar jika mahu masuk negara Malaysia perlu ikut undang-undang dan jangan buat hal,” tegasnya.Dalam pada itu, Seniman menafikan semua tindakan dibuat berdasarkan kepentingan peribadi.
“Kita tegaskan, ini bukan mencari publisiti murahan tapi ini berlaku dalam bidang seni itu sendiri.
"Oleh itu, kita perlu bertanggungjawab melakukan sesuatu demi melihat industri seni ini dihormati,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan