Foto hiasan | sumber Ustaz Ahmad Dusuki Abd Ghani
Di Malaysia realitinya,
anak kandung menuntut ibu atau ayahnya di mahkamah hanya kerana wang,
geran tanah, rumah dan harta yang lain. Tetapi di Saudi, dua adik
beradik ke mahkamah hanya untuk berebut hak penjagaan ibu kandungnya.
MasyaAllah.
SENGKETA DUA BERADIK HINGGA KE MAHKAMAH
Dua orang adik beradik di
Saudi Arabia bergaduh dan berebut hak penjagaan ibu sehingga kes dibawa
ke mahkamah. Di salah satu pengadilan Qasim, Kerajaan Saudi Arabia,
Hizal al-Fuhaidi menangis sehingga air matanya membasahi janggut.
Kenapa? Kerana dia kalah kepada saudara kandungnya di mahkamah.
Tentang apakah kekalahan
pada saudaranya itu? Tentang tanah? Harta? Bukan kerana itu semua tetapi
dia kalah berkenaan hak penjagaan ibunya yang sudah tua dan bahkan
hanya memakai sebuah cincin timah di jarinya yang telah kusam.
Seumur hidupnya, beliau
tinggal bersama Hizan yang selama ini menjaganya. Tatkala beliau sudah
semakin tua, datanglah adik yang tinggal di kota lain mahu mengambil
ibunya untuk tinggal bersama dengannya dengan alasan kemudahan kesihatan
dan lain-lain di kota jauh lebih baik dari kawasan desa.
Bagaimanapun Hizan menolak
dengan alasan selama ini dia masih mampu untuk menjaga ibunya.
Keengganan Hizan mencetuskan perbalahan di antara mereka berdua sehingga
kes terpaksa dibawa ke mahkamah.
Sidang pun bermula, hingga
hakim pun meminta agar si ibu hadir di mahkamah. Kedua-dua lelaki
bersaudara ini mendukung ibu mereka yang sudah tua, yang beratnya tak
sampai 40 kilogram.
Hakim bertanya kepadanya, "Siapa yang lebih berhak tinggal bersamamu?"
Si ibu yang memahami
pertanyaan itu pun menjawab, "Ini mata kananku!" sambil tangannya
menunjuk ke arah Hizan dan "Ini mata kiriku!" jarinya tepat ditudung ke
arah adik Hizan.
Hakim berfikir sejenak,
kemudian memutuskan bahawa hak penjagaan diberikan kepada adik Hizan
berdasarkan pertimbangan kemaslahatan bagi si ibu.
Betapa mulia air mata yang dikeluarkan oleh Hizan. Air mata penyesalan kerana tidak dapat memelihara ibunya tatkala beliau telah meningkat usianya semakin lanjut.
Betapa mulia air mata yang dikeluarkan oleh Hizan. Air mata penyesalan kerana tidak dapat memelihara ibunya tatkala beliau telah meningkat usianya semakin lanjut.
Dan betapa bangga dan
agungnya seorang ibu direbut oleh anak-anaknya sehingga berlaku seperti
ini. Andaikata kita dapat memahami, bagaimana seorang ibu mendidik
kedua-dua anak lelakinya sehingga ia menjadi ratu dan mutiara yang mahal
bagi anak-anaknya?
Ini adalah pelajaran dan
pengajaran yang ssangat mahal tentang berbakti kepada orang tua. Di
zaman yang sudah hampir kiamat ini, betapa banyak anak yang derhaka.
"Ya
Allah, Roob kami! Anugerahkan kepada kami keredhaan ibu kamu dan
berikanlah kami kekuatan agar selalu dapat berbakti kepadanya. Amin,
amin ya Rabbal alamiin."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan